FORGOT YOUR DETAILS?

ANAK TAK PANDAI MEMBACA SEBELUM DARJAH 1?

DAPATKAN FORMULA RAHSIA anak cepat belajar membaca SEPANTAS 3 BULAN !

INI ADALAH KESAN-KESAN NEGATIF, JANGAN BUNUH MASA DEPAN ANAK ANDA !

FORMULA RAHSIA BELAJAR MEMBACA I-Sina

"Saya mendapati anak-anak saya sendiri menghadapi kesukaran dalam menguasai skil membaca. Ianya bermula apabila formula ini dipraktikkan kepada anak saya sehingga anak saya pandai membaca majalah seawal usia 3 tahun. Pengalaman sebagai sistem analis membantu saya dalam menghasilkan formula rahsia ini. Saya gembira dengan rahsia ini telah membantu ribuan kanak-kanak membaca. Formula ini sudah diguna pakai lebih 10 tahun dan terbukti berjaya. " - Pn. Rahmalizah, Penulis, Graduan Manchester University, UK.

Setelah melakukan penyelidikan, saya dapati kebanyakan kanak-kanak tidak tahu bagaimana hendak membunyikan huruf-huruf yang disusun di dalam sesuatu perkataan, walaupun mereka telah diajar bunyi setiap huruf tersebut.

Program Belajar Membaca I-Sina mula disusun khas untuk mengatasi kekeliruan kanak-kanak dalam memahami gabungan huruf-huruf dalam usaha mereka untuk mula membaca. Ianya menitikberatkan penguasaan dan kefahaman gabungan vokal dan kosonan yang membentuk bunyi dan bukan 'memaksa' kanak-kanak untuk menerima bunyi-bunyi gabungan mengelirukan.

 

KEISTIMEWAAN FORMULABELAJAR MEMBACA I-SINA
  • BELAJAR SEAWAL 3 TAHUN.

    Boleh dimulakan untuk kanak-kanak seawal tiga setengah tahun tanpa perlu mengenal kesemua huruf A hingga Z.

  • SUSUNAN LANGKAH PEMBELAJARAN EFEKTIF.

    Disusun dengan langkah-langkah pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif.

  • IBUBAPA TIDAK PERLU PENGALAMAN MENGAJAR.

    Guru atau ibubapa yang hendak memulakan program tidak memerlukan pengalaman mengajar kerana arahan untuk mengajar diberikan untuk setiap pelajaran.

  • KAEDAH FONETIK (BUNYIAN) YANG MUDAH.

    Menggunakan kaedah fonetik tetapi masih memperkenalkan nama huruf di dalam program pembelajaran.

  • MEMPERKENALKAN TANDA-TANDA BACAAN.

    Memperkenalkan tanda-tanda bacaan seperti noktah, koma, tanda seruan dan tanda soalan.

  • CARA PEMBACAAN YANG SAMA DALAM BAHASA INGGERIS.

    Menggunakan cara pembacaan yang sama dengan pembacaan dalam Bahasa Inggeris (tidak terikat dengan pembacaaan mengeja atau menghafal suku kata)

  • MENGELAKKAN KEKELIRUAN KANAK-KANAK.

    Mengelakkan kekeliruan kanak-kanak dalam proses menguasai proses kemahiran membaca.

ANTARA SEBAB KANAK-KANAK GAGAL MEMBACA DAN KAEDAH KAMI MENANGANINYA.

Jangan Risau! Kami Ada Penyelesaiannya.

Kemahiran Pengajar

Seseorang guru yang mengajar tidak semestinya dapat menyampaikan sesebuah kaedah pembelajaran secara lengkap, dan ini mengakibatkan hanya sebahagian pengajaran sahaja yang dapat disampaikan kepada kanak-kanak.

PENYELESAIAN

Program kami telah disusun dengan memberikan contoh skrip pembelajaran kepada pengajar untuk digunakan semasa mengajar.

Campur Aduk Program Belajar Membaca

Dalam keghairahan untuk melihat kanak-kanak menjadi pandai membaca, sesetengah ibubapa/guru akan cube memperkenalkan beberapa program membaca serentak.

PENYELESAIAN

Pastikan anda tidak mengajar apa-apa kaedah membaca huruf rumi yang lain-lain kepada kanak-kanak, walaupun dalam Bahasa Inggeris. Hanya I-Sina.

Persekitaran Yang Kurang Memberangsangkan.

Suasana tenteram penting untuk kanak-kanak ketika sesi pembelajaran. Pastikan televisyen dimatikan dan tiada gangguan daripada kanak-kanak lain semasa sesi pembelajaran.

PENYELESAIAN

Jangan beri tekanan kepada murid anda untuk menguasai skil membaca. Sewaktu sesi pembelajaran berlangsung, pengajar perlu bersikap prihatin dan pandai mengagak tahap kemampuan kanak-kanak dalam menguasai setiap bahagian.

Masalah Disleksia

Ada ketika di mana seseorang kanak-kanak akan menunjukkan kesukaran yang serius semasa belajar membaca.

PENYELESAIAN

Berjumpa dan dapatkanlah nasihat daripada pakar kanak-kanak tentang permasalahan tersebut. Tahap permasalahan antara seseorang kanak-kanak adalah berbeza.

Kenapa Buku Belajar Membaca Kaedah I-Sina laris di pasaran ?

Buku ini menggunakan teknik super yang sangat berkesan dan ramai ibubapa berpuas hati dengan buku ini. Belajar Membaca Kaedah I-Sina memberi penekanan kepada kefahaman anak-anak bukan hafalan. Banyak akhbar tempatan seperti utusan malaysia telah menyiarkan artikel tentang kaedah ini.

SOALAN YANG SERING DITANYAF.A.QBELAJAR MEMBACA I-SINA

Sekiranya anak anda sudah mempamerkan sifat-sifat ingin tahu dengan huruf-huruf yang biasa dilihatnya, atau buku-buku cerita yang anda belikan untuknya, maka pembelajaran sudahpun boleh dimulakan. Syarat yang penting ialah anak anda boleh fokus dan mengikuti arahan-arahan yang anda berikan kepadanya. Umur yang paling awal untuk memulakan pembelajaran ialah pada umur 3 setengah tahun.

Ya, sudah tentu anda boleh. Malah, ramai ibubapa yang telah berjaya mengajar anak mereka sendiri untuk menguasai kemahiran membaca sebelum anak-anak mereka melangkah ke tadika lagi. Program iSINA dimuatkan dengan skrip mengajar dan setiap pembelajaran adalah mudah untuk diikuti.

Tidak perlu. Dengan iSINA, anak anda tidak perlu mengenal huruf terlebih dahulu dan sudah boleh memulakan pembelajaran. Ini bermakna, anak anda boleh memulakan pembelajaran seawal umur 3 setengah tahun!

Pembelajaran dengan cara iSINA adalah mudah, cepat dan berkesan dan ianya dilakukan secara sedikit demi sedikit, tanpa sebarang tekanan kepada kanak-kanak walaupun pada umur yang kecil. Kanak-kanak akan mengalami pengalaman belajar yang menyeronokkan tanpa bebanan menghafal bunyi suku kata yang mengelirukan.

Untuk anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun, kebiasaannya mereka boleh menguasai kemahiran membaca dalam jangka masa 3 hingga 6 bulan. Namun bagi anak anak yang lebih kecil seperti 4 tahun, mereka biasanya akan memerlukan masa yang lebih lama iaitu antara 6 hingga 10 bulan.

iSINA menekankan kefahaman kanak-kanak dalam membuat gabungan bunyi huruf dan tidak sama sekali memaksa kanak-kanak untuk menerima dan menghafal bunyi suku kata yang diajar. Kanak-kanak akan diajar untuk menggabungkan bunyi fonetik setiap huruf untuk membentuk perkataan tidak kira bentuk sukukata yang terbina. Dengan cara ini, kanak-kanak akan mudah membaca dan mampu membaca apa sahaja perkataan dan tidak terhad kepada suku kata mudah sahaja.

Ya, cara pembelajaran iSINA juga berkesan kepada murid-murid yang menghadapi masalah membaca dan telah membantu beribu-ribu murid-murid sekolah rendah dan menengah untuk menguasai kemahiran membaca, termasuk murid-murid kelas pendidikan khas dan disleksia. Walau bagaimanapun, sebelum pembelajaran bermula, murid perlu menjalani satu proses pemulihan berstruktur dahulu untuk mendapat progres pembelajaran yang lebih baik. Dapatkan buku “iSINA : Proses Pemulihan Membaca dan Menulis.”

Tidak, Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan kita. Oleh itu. semua bangsa perlu tahu membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak untuk menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Malaysia, sebagai langkah pertama dalam menguasai keseluruhan bahasa itu sendiri.

TESTIMONI KEJAYAANBELAJAR MEMBACA I-SINA

TESTIMONI KEJAYAAN

Pn. Junaidah

Selayang , Selangor
"Anak saya menghadapi masalah membaca sehingga ke Tahun 4. Setelah mengajar anak saya menggunakan kaedah i-Sina, Alhamdullillah anak saya kini sudah boleh membaca."
"Anak saya telah disahkan disleksia oleh pakar kanak-kanak. Saya telah menghantar anak saya ke merata tempat untuk menyelesaikan masalah beliau. Akhirnya saya diketemukan dengan kaedah i-Sina. Alhamdulillah anak saya kini sudah mampu membaca."

Pn. Rafidah

Guru, Kuala Lumpur
"Saya menggunakan program i-Sina di tadika saya sejak 6 tahun lalu. Pada hujung tahun sebelum cuti sekolah, hampir kesemua murid saya sudah boleh membaca dengan lancar."

Pn. Norshawati

Pengusaha Tadika Bestari, Semenyih, Selangor
KERATAN MEDIA

KERATAN AKHBAR & MAJALAH PROGRAM I-SINA.

Klik untuk besarkan gambar.

LATAR BELAKANGPENULISPUAN RAHMALIZAH

Rahmalizah Ali

Rahmalizah Ali merupakan seorang pakai perunding teknololgi maklumat dan graduan Manchester University (UMIST), United Kingdom. Beliau telah berkecimpung dalam bidang penulisan buku pendidikan kanak-kanak sejak tahun 2000. Didorang oleh rasa minat dan semangat untuk melihat kanak-kanak lebih berjaya di alam pendidikan awal di sekolah, beliau telah melakukan banyak penyelidikan untuk menghasilkan suatu pendekatan pembelajaran untuk kanak-kanak yang sesuai dan berkesan. Beliau percaya bahawa pendidikan awal yang baik dan efektif akan menjamin kanak-kanak untuk membesar dengan penuh keyakinan dan kecemerlangan. Beliau juga berpendapat bahawa pendidikan formal yang berkesan haruslah dimulakan dengan pembelajaran untuk memperkasakan kemahiran membaca.

PAKEJ BUKU 4 DALAM 1RM99BUKU + DVD + EBOOK + VIDEO

Pakej 4 dalam 1 - RM99 sahaja.

  • Senaskah Buku Mari Belajar Membaca

    Naskah wajib untuk mengajar anak anda membaca.
  • Satu DVD Video

    DVD video penerangan setiap bahagian dalam naskah buku I-Sina.
  • E-book

    Boleh digunakan dan dibaca di Ipad atau phone. Versi digital dalam bentuk pdf.
  • Video Mari Belajar Membaca

    Link video untuk anda tonton secara online.

TEMPAH SEKARANG

Link untuk download Ebook & Video akan diberikan serta merta selepas pembayaran dibuat.

TOP