Latar Belakang Syarikat

ISINA GLOBAL MEDIA merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2006 bagi menjalankan perniagaan dalam bidang penerbitan dan latihan pendidikan.

Ianya dibarisi oleh beberapa individu yang berpengalaman dalam pelbagai bidang akademik yang berkongsi misi yang sama dalam arena pendidikan.

Beberapa buah buku telah diterbitkan. Di antaranya ialah buku MARI BELAJAR MEMBACA. Buku ini telah dijadikan modul pengajaran oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada semua murid pada tahun 2008 dan 2009.

Kualiti yang tinggi dan keberkesanan program pendidikan dalam sesebuah penerbitan dan modul latihan menjadi keutamaan bagi syarikat.

Sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kualiti dan keberkesanan ke atas majoriti kanak-kanak, ISINA GLOBAL MEDIA telah mengusahakan satu inisiatif untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi kesukaran membaca dalam satu program yang dipanggil Program JomBaca.

JomBaca kini menjadi aktiviti utama syarikat. Ianya semakin berkembang dan mendapat permintaan dari pelbagai pihak terutama sekali dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Tentang Pengasas I-Sina

Rahmalizah Ali merupakan seorang pakar perunding teknologi maklumat dan graduan Manchester University (UMIST), United Kingdom.

Beliau telah berkecimpung dalam bidang penulisan buku pendidikan kanak-kanak sejak tahun 2000.

Didorong oleh rasa minat dan semangat untuk melihat kanak-kanak lebih berjaya di alam pendidikan awal di sekolah, beliau telah melakukan banyak penyelidikan untuk menghasilkan suatu pendekatan pembelajaran untuk kanak-kanak yang sesuai dan berkesan.

Beliau percaya bahawa pendidikan awal yang baik dan efektif akan menjamin kanak-kanak untuk membesar dengan penuh keyakinan dan kecemerlangan.

Beliau juga berpendapat bahawa pendidikan formal yang berkesan haruslah dimulakan dengan pembelajaran untuk memperkasakan kemahiran membaca.

TOP